fbpx

Mengenai Kami

Rasa Ikan Bakar Fresh dan Original

Latar Belakang Syarikat

Syarikat Divezz World Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1hb Januari 2018. Di awal
penubuhannya, syarikat membawa jenama restoran yang dikenali sebagai
Resepi Warisan Tok dan beroperasi bermula dari tahun 2013– 2017.

Syarikat ini diterajui oleh usahawan suami isteri– Pn. Noralinda Norjaya dan En.
Zafiran Ahmad bersama 18 orang kakitangan operasi dan dibantu oleh 6 orang
kakitangan pengurusan. Penjenamaan semula di atas nama Restoran SISIK
Medan Ikan Bakar telah membawa restoran ini yang dahulunya beroperasi di
Klang, Selangor ke lokasi baru di Kelab Shah Alam, Seksyen 13, Selangor.

Divezz World Sdn. Bhd. juga merupakan usahawan bimbingan MARA, TEKUN &
SMECorp Malaysia di bawah beberapa program seperti Program Pembangunan
Kapasiti Bagi Akses Kepada Pembiayaan, Program Gate to Global dan lain-lain.
Dengan penglibatan dari beberapa agensi, SISIK berpeluang untuk menyertai
beberapa pameran bertaraf antarabangsa seperti Food & Hotel Malaysia (FHM)
Exhibition 2022, Hari Koperasi Negara (HKN) 2022, MIHAS 2022 dan 6th Selangor
International Business SUMMIT 2022. Ini merupakan peluang keemasan bagi SISIK
untuk memperkenal dan mengenengahkan menu makanan melayu berasaskan
makanan laut di pasaran global