fbpx

Keistimewaan Makanan Laut Bakar Dari Restoran Sisik Ikan Bakar

Rasa Ikan Bakar Fresh dan Original

Keistimewaan Makanan Laut Bakar Dari Restoran Sisik Ikan Bakar

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tengah rancak sekarang ini di sosial media kempen utamakan produk muslim seperti mana posting di blog Maha sebelum ini. Jadi sebab itu sekarang ni Maha nak bawa korang kepada satu restoran 100% milik Muslim yang ramai orang cari. Bukan calang-calang tau restoran ini menyajikan makanan laut bakar yang menjadi pilihan warga Klang dan juga yang berhampiran dengannya.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak di Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic Klang. Tapi kalau korang nak senang cari restoran ini terletak betul-betul depan GM Klang. Kalau cari tu Insha Allah tak sesat punya hehehe. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 8.00pagi hingga 4.30petang untuk masakan asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00petang hingga 12.30 tengah malam untuk makanan laut bakar. 

Korang yang tinggal atau bekerja area Klang nak cari makan ikan bakar waktu malam boleh datang ke restoran ini memang meriah dengan makanan laut yang segar dan banyak pilihan. Korang boleh tengok sendiri lah masa Maha pergi makan hari tu ada pelbagai jenis ikan seperti Ikan Siakap, Ikan Bawal Mas, Ikan Jenahak, Ikan Kembung, Ikan Cencaru, Ikan Tuka dan banyak lagi. Itu baru ikan tak masuk lagi yang lain seperti Sotong, Udang, Kerang, Ketam, Pepahat, Lala dan macam-macam lagi lah.

Jadi korang boleh pilih nak bakar yang macam mana. Kalau nak masak berkuah pun ada kat sini macam yang telah dihidangkan kepada Maha dan kawan-kawan hari tu. Banyak sangat lauk pauknya semua masakan asli Melayu. Korang boleh cuba Ikan Siakap Bakar Tempoyak atau orang Pahang panggil Masak Pais. Ini paling menjadi kegemaran Maha tak begitu pedas dan juga rasa Tempoyak yang cukup rasa. Mungkin ada orang yang suka rasa Tempoyak lebih tapi bagi Maha yang ini sesuai dengan selera Maha.

Ikan Siakap Bakar Tempoyak

Selain tu, juga korang boleh cuba ikan dimasak pelbagai cara lain yang popular seperti Asam Pedas, Masak 3 Rasa, Stim Hijau, Bakar Berempah dan banyak lagi. Semua ini cukup rasa rempah dan juga bahan masakan mereka tidak lebih dan juga tidak kurang. Masak pun tidak berlebihan kerana kalau ikan yang terlebih masak ia akan jadi kering dan isi ikan tidak berjus.

Ikan Siakap Masak Asam
Ikan Siakap Masak Sambal
Ikan Bawal Masak Asam

Menu lain yang menjadi pilihan orang ramai yang datang makan kat sini adalah Sotong Bakar Manis macam yang Maha cuba ini. Sangat sedap yer sotongnya saiz yang besar dan juga rasa cukup rempahnya. Makanan laut kat sini juga boleh dimasak cara lain yang korang suka seperti Masak Petai, Masak Berlada, Goreng Berempah dan juga Masak Cili

Sotong Bakar Manis

Makan tanpa sayur-sayuran tak lengkap juadah yang seimbang betul tak. Kat sini pun banyak jenis sayur-sayuran segar yang korang boleh pilih untuk masak macam Kangkung Goreng Belacan, Kailan Ikan Masin, Sayur Goreng Campur dan banyak lagi. Nak makan ulam segar pun ada bersama dengan pilihan sambal ada Budu, Sambal Tempoyak, Sambal Belacan atau Cencaluk.

Udang Goreng Berempah
Pepahat Masak Berlada
Lala Masak Cili
Kupang Masak Berlada

Semua tukang masak kat sini sedia menyediakan hidangan masakan yang korang nak tu jangan bimbang cuma korang pilih jer nak makanan laut mana. Makan pun panas-panas sebab bila ada tempahan baru mereka masak jadi rasa lebih enak. Makan pula dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman kampung bersama sambal belacan terbaik lah. Kalau tak jilat jari jilat pinggan punya wakakaka. 

Waktu malam di restoran ini korang kena cuba mereka punya Nasi Lemak Buluh Perindu. Bukan biasa-biasa tau kerana nasi lemak ini dimasak kukus dalam buluh dan juga nasinya bewarna hijau. Nasi lemak ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis pilihan lauk-pauk seperti Sambal Udang, Sambal Paru, Ayam Rendang dan juga pilihan ramai makan bersama Ikan Bakar. Maha suka nasi lemak mereka ni sebab sambal sedap dan juga nasi yang cukup lemaknya.

Nasi Lemak Buluh Perindu
Sambal Udang
Ayam Rendang
Sambal Paru

Dulu restoran ini dikenali sebagai Restoran Resipi Warisan Tok dan kemudian baru ditukar nama  kepada Restoran Sisik Ikan Bakar ini. Kalau korang perasan banyak masakan di restoran ini dipengaruhi oleh masakan dari Negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Selangor. Jadi sebab tu banyak variasi masakan yang memenuhi citarasa rakyat dari pelbagai negeri di Malaysia. 

Maha dah datang sini korang bila lagi jangan lupa nanti tag mereka bila dah cuba makan kat sini ok. Nak bawa family yang ramai sangat sesuai sebab restoran ini luas dan selesa. Nak parking waktu malam pun banyak walaupun kita tahu yang Bandar Botanic tu akan mati lepas pukul 7.00 malam. Tapi restoran ini ada untuk memeriahkan dan mengisi perut korang pada waktu malam. So cuba jangan tak cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Kredit tulisan asal di sini

http://www.mahamahu.com/2019/09/keistimewaan-makanan-laut-bakar-dari.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *